Saturday, March 1, 2008

TUGASAN KOMPUTER DALAM PEDIDIKAN.

PERBEZAAN EMEL & YAHOOGROUP

A. Ciri-Ciri Emel.

Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer[1]) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.












Antara ciri-ciri emel ialah:

1. Setiap 'user' sesuatu emel mesti mempunyai alamat email dan password yang secara tidak langsung bertindak sebagai 'kunci' apabila urusan daftar masuk (sign in) nanti.

2. Boleh digunakan oleh semua orang dengan hanya mendaftar dan ianya adalah PERCUMA.

3. Penghantaran sesuatu mesej atau maklumat (send) biasanya dibuat satu persatu atau secara beramai-ramai (hanya tambah ' ; ' di hujung setiap alamat pengirim (send to).

4. Jumlah angka password tidak kurang dari 8 angka

5. Mesej atau sesuatu maklumat yang dihantar adalah tidak terbatas, penghantaran sesuatu gambar mestilah kurang dari 10 MB. Sesuatu mesej, gambar, video dan sebagainya juga boleh dibuat melalui 'LAMPIR' yang terdapat dalam emel.






INFO TAMBAHAN TENTANG EMEL:
Cc: Salinan karbon (Carbon copy)

Bcc: Salinan karbon buta (Blind carbon copy)

Diterima: Malumat penjejakan yang dijana pelayan mel yang sebelumnya menangani sesuatu mesej

Content-Type: Maklumat mengenai bagaimana mesej perlu dipapar, biasanya sejenis MIME

Reply-To: Alamat yang patut digunakan untuk membalas pengirim








B. Ciri-Ciri YahooGroup.

Antara ciri-ciri bagi YahooGroup ialah:
1. Setiap pengguna sudah semestinya mempunyai alamat yahoogroup sendiri yang boleh didaftarkan secara PERCUMA melalui http://asia.groups.yahoo.com/.

2. Dengan menggunakan alamat ini juga, seseorang pengguna itu boleh menjemput kawan-kawan untuk mendaftar dalam yahoogroup sendiri (Join this group).

3. Setiap pengguna boleh menjadi moderator sendiri dan mempunyai ahli-ahli untuk proses pertukaran maklumat, sesi perbincangan dan sebagainya.

4. Semua ahli dalam kumpulan itu boleh memberikan pandangan, ulasan atau memberi sesuatu maklumat kepada semua ahli yang mendaftar dalam kumpulan tersebut.

C. SENARAI PERSAMAAN EMEL & YAHOOGROUP.
1. Sesetiap pengguna perlu mendaftarkan diri (mempunyai akaun masing-masing dalam Yahoo) terlebih dahulu sebelum memulakan emel & yahoogroup ini.

2. Pengguna haruslah menggunakan enjin carian yahoo bagi tujuan pendaftaran tersebut.

3. Perlu setuju dengan syarat-syarat dan terma yang telah ditetapkan.

4. Emel dan YahooGroup ini berfungsi sebagai proses pertukaran sesuatu maklumat/mesej - mempunyai fungsi yang sama.


D. SENARAI PERBEZAAN EMEL & YAHOOGROUP.


1. Penggunaan - Penggunaan emel lebih kepada individu sahaja manakala yahoogroup adalah untuk perbincangan ahli-ahli kumpulan.

2. Penglibatan - Penglibatan ahli dalam emel lebih berfokus kepada kepada kawan-kawan atau sebagainya manakala YahooGroup lebih kepada kumpulan.

.......................................................................................................................................................

2 comments:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

ilmu pengetahuan yang baik. selama ni dok guna email tapi tak tahu intipati yang ada disebaliknya...Tq

MOHD YUNUS HJ MAD ZIN said...

Tq, so...pabila dah tau faedah emel, yahoogroup & blog ini gunakanlah ianya sebaik yang mungkin.