Sunday, March 2, 2008

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

1. Takrif Sekolah Khas.


Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

a. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

b. Prasekolah:
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
* Berumur 6+ hingga 14+ tahun
* Disahkan oleh pengamal perubatan
* Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain


c. Pelajaran Rendah:
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
* Berumur 6+ hingga 14+ tahun
* Disahkan oleh pengamal perubatan
* Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain


Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

d. Pelajaran Menengah:
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
* Berumur 13+ hingga 19+ tahun
* Disahkan oleh pengamal perubatan
* Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain


Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

e. Pendidikan Teknik dan Vokasional:

i) Sekolah Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

f. Tempoh Pengajian:
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

2 comments:

fairuzmohamed said...

Tahniah unos!!!,paparan yang menarik.banyak maklumat boleh diperolehi dan interaktif.

MOHD YUNUS HJ MAD ZIN said...

Terima Kasih...semoga semua ilmu ICT ini akan dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran & pembelajaran suatu hari nanti demi kepentingan bersama.