Sunday, March 2, 2008

TUGASAN 3: KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN.

A. PERSAMAAN & PERBEZAAN FORUM DALAM LEARNINGCARE DENGAN YAHOOGROUPS.


1. Persamaan - Dari segi kefungsian atau peranan Forum dalam Learningcare dan Yahoo Groups ialah ianya boleh digunakan untuk menjalankan sebarang proses komunikasi dua hala, mengadakan sebarang perbincangan sesuatu tajuk dan sebagainya.


2. Perbezaan - Learning care disediakan hanya untuk pelajar atau warga UKM sahaja bagi tujuan-tujuan tertentu (peringkat dalaman sahaja) manakala penggunaan Yahoogroups pula amat meluaskan (semua orang boleh menggunakannya) dengan syarat mempunyai akaun Yahoo Groups sendiri.



B. KELEBIHAN & KELEMAHAN FORUM DALAM LEARNINGCARE:


1. KELEBIHAN - Membolehkan seseorang pengguna itu berkongsi sebarang info @ maklumat, mengadakan sebarang perbincangan, pertanyaan-pertanya an tertentu dan lain-lain lagi dengan had-had tertentu (satu forum untuk satu pusat/pemilik learningcare sahaja).


2. KELEMAHAN - Pada kebiasaannya, seseorang penguna itu khasnya pelajar lebih gemar menggunakan 'e-mail' sahaja daripada menggunakan learningcare kerana e-mail ini lebih senang digunakan jika dibandingkan dengan learningcare. Kekurangan dalam penggunaan forum melalui learningcare ini mungkin disebabkan oleh tahap penggunaan 'e-mail' pada hari ini yang semakin meluas dan tanpa batasan (sesiapa sahaja boleh menggunakan @ memiliki akaun 'e-mail' sendiri).




B. KELEBIHAN & KELEMAHAN FORUM DALAM YAHOOGROUPS:


1. KELEBIHAN - Penggunaan forum dalam Yahoo Groups secara tidak langsung akan membolehkan apa jua maklumat atau perbincangan dapat dikongsi, dibaca dan sesi perbincangnya dibuat dengan melibatkan semua ahli dalam kumpulan/groups itu sahaja tanpa melibatkan 'user' yang lain. Semua ahli dalam kumpulan itu juga akan mendapat maklumat, topik perbincangan dan sebagainya secara bersama-sama atau serentak dalam masa yang sama. Proses ini akan tetap berlaku walaupun hanya seorang penguna/ahli sahaja yang menghantar sesuatu maklumat, isu perbincangan dan sebagainya. Tidak perlu menghantar sebanyak 30 kali untuk kesemua ahli dalam kumpulan (Jika jumlah ahli dalam Yahoo Groups tersebut seramai 30 orang).


2. KELEMAHAN - Setiap ahli akan memperolehi maklumat yang sama dalam masa yang sama. Justeru itu, sekiranya bilangan ahli dalam kumpulan (Yahoo Groups) mempunyai 30 orang ahli dan dengan hanya menghantar satu maklumat sahaja dalam satu-satu masa, maka kesemua ahli akan mendapat 30 maklumat tersebut secara serentak. Itu baru 'user' menghantar 1 mesej sahaja. Jadi, bayangkan sekiranya pengguna menghantar 10 maklumat/mesej dalam satu masa secara serentak. Kemungkinan kecelaruan dalam mengenalpasti mesej-mesej tersebut akan berlaku.


C. PLATFORM PERBINCANGAN PILIHAN SAYA.


Jika saya diberi pilihan untuk mengadakan perbincangan di masa akan datang, saya akan memilih untuk menggunakan BLOG kerana beberapa sebab. Antara sebab-sebab blog menjadi pilihan hati saya ialah:


1. Sambutan dari segi penggunaan blog pada masa kini dilihat amatlah meluas dan ianya semakin popular jika dibandingkan dengan Emel, Yahoo Groups, Learningcare dan sebagainya.


2. Ianya secara tidak langsung membolehkan semua pengguna blog berkongsi sesuatu topik perbincangan dalam kumpulan yang ramai. Banyak maklumat dapat dikongsi bersama.


3. Penggunaan blog bagi tujuan perbincangan akan membolehkan seseorang itu memberi komen atau pandangan sesuatu topik yang dibincangkan. Ini akan membolehkan proses itu lebih INTERAKTIF.


4. Kandungan atau maklumat dalam sesuatu blog juga tidak terbatas jika dibandingkan dengan Yahoo Groups, Emel atau Learningcare. Ini kerana penguna berhak untuk memuatkan seberapa banyak maklumat atau perkongsian perbincangan dalam blognya itu.


5. Blog-blog juga boleh dihoskan, baik oleh perkhidmatan- perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui perisian blog seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal atau dalam perkhidmatan- perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.-

..............................................................


(PENGENALAN BLOG BUAT MAKLUMAN SEMUA)


Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukan nya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting) , dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007 [1]




No comments: