Monday, February 18, 2008

TUGASAN 1_KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN EMEL & YAHOO GROUP

Antara langkah-langkah dalam mendaftar email ialah:

1. Masuk ke alamat web http://www.yahoo.com/
2. Klik pada free mail : sign up untuk pendaftaran baru.
3. Isikan borang dengan tiga langkah yang mudah yang mengandungi maklumat tersebut :
a. Mengenai diri / maklumat diri
b. Pilih id atau kata laluan
c. Alamat email alternatif dan soalan laluan kata kunci
4. Taipkan kod imej yang ditunjukkan.
5. Membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan yahoo dan dasar privasi yahoo
6. Klik pada membuat akaun saya
7. Sekiranya maklumat semua syarat pendaftaran telah dipenuhi, maka kita boleh
8. Menggunakan akaun yahoo yang telah didaftarkan.


Antara langkah-langkah dalam mendaftar Yahoo Group ialah:

Cara 1. ( Pengguna berada @ aktif dalam alamat emailnya )

1. Dalam email yahoo yang telah aktif klik pada group.
2. Klik pada start yahoo group.
3. Pada step 1 lot 3 : Select a yahoo! klik pada salah satu topik yang ada misalnya klik pada
school & education.
4. Pada step 1 lot 3 : Select a yahoo group Category, Klik pada bidang yang ada misalnya special
education.
5. Klik pada place my group here dan isikan maklumat yang dikehendaki iaitu :
a. nama group.
b. alamat yahoo group
c. catatkan dalam ruang describe your group misalnya masalah pembelajaran

6. Klik continue
7. Isikan maklumat imej
8. Akaun group boleh dimulakan.

Cara 2 :
1. Buka alamat web http://www.yahoo.com/
2. Klik pada group disebelah kiri skrin.
3. klik new user : sign up
4. Isikan borang mendaftar dengan mengisi 3 perkara utama iaitu :
a. maklumat diri
b. Pilih kata laluan
c. pilih soalan keselamatan

4. Isikan imej yang ditunjukkan
5. Membaca syarat-syarat perkhidmatan yahoo group.
6. Klik untuk mendaftar akaun.
7. Jika semua syarat dipenuhi akaun yahoo group boleh dimulakan.

Monday, February 11, 2008

PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN.


Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.


Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.



SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.